Tuesday, March 1, 2011

Peluang keemasan menjadi agen

________________________________________________________________________
peluang_keemasan_menjadi_agen
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya… saya kat sini sihat dan bertambah teruja… mengapa saya teruja ye?
Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengembirakan yang perlu saya kongsikan bersama anda.
Saya gembira kerana Public Gold kini telah menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan.
Ini membolehkan anda mendapat keuntungan melalui perniagaan emas tanpa memerlukan modal yang besar.
Dengan kata lain anda boleh menjadi pelabur + berniaga emas :)

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, saya ada menulis artikel berkenaan Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.
Anda boleh baca artikel tersebut disini (klik sini) .
Namun ketika itu modal yang diperlukan adalah tinggi, iaitu sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM20 000 (bergantung kepada harga emas semasa)

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima.
Sekarang, dengan modal RM20,000 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri.

Apa yang anda perolehi dengan bayaran 20k?

Dengan bayaran RM20k, anda boleh memilih apa-sahaja produk keluaran Public Gold mengikut harga semasa (samada jongkong emas, dinar emas, jongkong perak atau barang kemas) asalkan nilainya adalah RM20k.
set_lengkap_public_gold
Diantara produk yang anda boleh pilih.

Untuk harga semasa anda boleh lihat di www.publicgold.com.my dan harga dinar emas boleh dilihat di www.publicdinar.com
pg_price
public_dinar_price

Pendapat saya.

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.
Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual emas pelaburan Public Gold.
Emas pelaburan memang senang dijual. Very hot item :)

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

Memandangkan saya sendiri telah menjadi agen Public Gold, maka saya boleh bercerita tentang kebaikan menjadi agen dengan panjang lebar:
1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
    pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
    Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
    beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.
3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
    daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.
4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.
pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Faedah menjadi Agen

1. Komisyen jualan 1.0%

Dalam surat tawaran Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5%  untuk jualan. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

2. Untung trade in 5%-6%

pg_price
Keuntungan yang kedua ialah untung apabila pelanggan trade in emas kepada anda. Ini kerana anda akan membeli semula emas Public Gold tersebut pada harga We Buy . Jadi terdapat perbezaan harga antara 5%-6% diantara harga We Sell dan We Buy.
Contohnya: Pada 6/12/2009, Seorang pelanggan ingin menjual semula jongkong emas 20 gram kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga RM2636.00 (we buy).
Kemudian, jika pada masa yang sama ada seorang pelanggan baru ingin membeli jongkong emas 20 gram daripada anda maka anda boleh menjual jongkong emas yang dibeli pada harga RM2636 tadi dan menjualnya pada harga RM2804.
Jadi anda mendapat untung sebanyak RM168.00
Bayangkan kalau urusniaga itu melibatkan 100 gram, anda boleh untung RM694.00

Target Jualan Bulanan.

tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.
Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Kesimpulan.

Bagi saya, ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.
Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.
Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan (klik sini) ataupun letakkan di bahagian komen.
Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.
Kalau nak berbincang mengenai perkara ini dalam forum, saya amat mengalu-alukan. Banyak benda kita boleh berkongsi di sana.
Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

http://jutawanemas.com/

No comments:

Post a Comment